Tahun 2007 telah berlalu meninggalkan sejarah dan kenangan... kini 2008 melakar sejarah baru. Bagi pengunjung FP Yon selamat datang Yon ucapkan dan selamat tahun baru. Semoga semua dapat merialisasikan azam lama utk 2007 dan tekatkan azam baru atau perkukuhkan lagi azam yg sedia ada utk tahun 2008.Semoga dimurahkan rezeki,sihat tubuh badan dan bertambah keimanan dlm diri kita semua.
Di kesemptan mlm ambang 2008 Yon selitkan sedikit aktiviti shoot pd mlm tu bertempat di Kg Sungai Danga Johor Bahru. Tak sempat nak ambil gambar fireworks dgn lebih baik sbb jalan nak kesana dah jem. So terpaksa Yon berjalan kaki utk sampai ketempat yg ingin dituju sambil mencari kengkawan yg sudah tiba dahulu. Hanya sekeping sahaja gambar fireworks yg sempat Yon ambil dlm masa kelam kabut dgn org ramai yg ingin melihat....Kawasan tu agak berlumpur dan sesak dgn org ramai dan juga pekat dlm kekeliruan mlm.
Tak sempat nak pakai triport cuma dlm fikiran nak shoot fireworks juga mlm tu setting kamera cari angle dan terus shoot sebelum fireworks habis. Hanya sempat shoot fireworks yg terakhir itu pun apinya dan kurang. Ini lah hasilnya....